Ahad, Oktober 21, 2012

Alat Kawalan Kualiti: Rajah Hubung kait

Rajah Hubung kait digunakan bagi menunjukkan perkaitan kompleks di antara sebab-sebab yang menjadi
sebab masalah. Rajah Hubung kait kerap digunakan bagi menganalisis sebab dan akibat sesuatu masalah. Namun begitu penggunaannya boleh juga diperluas untuk tujuan lain seperti menunjukkan aliran maklumat di dalam sesuatu proses.

Tidak seperti Rajah Afiniti atau Rajah Sebab dan Akibat, elemen-elemen masalah di dalam Rajah Hubung kait berada pada kedudukan tidak tersusun dan rawak. Elemen-elemen ini kemudiannya dihubung kait oleh anak panah. Kedudukan anak panah ini akan memberi petunjuk elemen yang mana menjadi penyebab dan akibat sesuatu masalah.

Aplikasi

  • Kenal pasti dan catatkan masalah yang dihadapi. Sebagai Contoh “Kepuasan Pelanggan Rendah”
  • Sebab yang dikenal pasti boleh dicatatkan terus pada Rajah Hubung kait
  • Ahli KIK boleh memasukkan lebih daripada satu sebab pada sesuatu Rajah Hubung kait. 
  • Walau bagaimanapun lebih daripada 3 sebab memungkinkan sesuatu Rajah Hubung kait lebih sukar dianalisis
  • Kenal pasti elemen sebab dan akibat yang menyumbang terhadap permasalahan tersebut.
  • Di dalam mengenal pasti elemen sebab ini, ahli KIK haruslah menjawab persoalan “Apakah elemen yang menjadi punca elemen masalah yang dikenalpasti ini wujud?”.
  • Catatkan elemen yang dikenalpasti tersebut dan teruskan proses ini sehingga semua elemen masalah terlibat dicatatkan. 
  • Pada kebiasaannya jumlah elemen di dalam Rajah Hubung kait ialah di antara 15 hingga 50 elemen
  • Elemen ini boleh dikenal pasti menerusi percambahan fikiran, Rajah Afiniti, Rajah Sebab dan Akibat atau kaedah-kaedah lain yang berkaitan
  • Jika semua elemen Sebab dan Akibat tadi telah dikenal pasti, masukkan elemen tersebut di dalam Rajah Hubung kait
  • Masukkan elemen tersebut di dalam Rajah Hubung kait secara rawak supaya tidak mengikat ahli kumpulan dengan susun atur elemen, sekaligus menggalakkan lebih banyak idea dan kreativiti dapat dicungkil daripada ahli kumpulan
  • Hubungkan elemen-elemen sebab dan akibat tadi menerusi anak panah berpandukan aktiviti
  • yang telah dinyatakan
  • Elemen yang tertumpu oleh anak panah yang paling banyak adalah akibat utama kepada sesuatu masalah. Menerusi contoh, Kepuasan Pelanggan Rendah adalah akibat utama
  • Elemen di mana anak panah keluar lebih banyak pula adalah punca utama sesuatu masalah.
  • Menerusi contoh, Pekerja Kurang Mahir adalah punca utama

Tiada ulasan: