Carta Kawalan merupakan alat untuk menentukan sama ada sesuatu proses yang dilaksanakan adalah stabil atau tidak. Ia juga memberi petunjuk sama ada sesuatu variasi yang berlaku di dalam sesuatu proses merupakan variasi biasa atau sebaliknya. Terdapat tiga had pengukuran kawalan pada carta kawalan iaitu garisan tengah (central line), garisan had bawah (lower control limit) dan garisan had atas (upper control limit). Titik yang berada di luar garisan had atas dan di luar garisan had bawah menunjukkan variasi-variasi tertentu telah berlaku.
Aplikasi
- Tentukan saiz sampel
- Tentukan kaedah pengumpulan data
- Kira mean, standard deviation dan garisan had bawah serta garisan had atas
- Plotkan data serta Garisan Had Atas dan Garisan Had Bawah di atas Carta Kawalan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan