Rajah Taburan digunakan bagi mengkaji dan mengenal pasti sama ada wujud perkaitan di antara dua angkubah (variables) yang menyumbang kepada sesuatu masalah. Walau bagaimanapun Rajah Taburan tidak membuktikan secara sahih punca sebenar berlakunya sesuatu masalah. Sebagai contoh terdapat dua faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada kemalangan jalan raya iaitu pemanduan laju dan kadar kemalangan. Melalui Rajah Taburan, analisis sama ada wujud atau tidak kaitan di antara faktor-faktor tersebut dapat dipastikan.
Aplikasi
- Kenal pasti 2 angkubah yang berkaitan dengan masalah yang dikaji
- Kenal pasti pengukuran yang sesuai untuk angkubah-angkubah yang dikaji. Pengukuran yang sesuai membolehkan kedua-dua faktor tersebut diukur serentak dalam skala yang berterusan
- Plotkan faktor-faktor tersebut. Plotkan faktor penyebab pada Paksi X (melintang) dan akibat pada Paksi Y (menegak)
- Setelah semua pasangan faktor diplotkan, perhatikan bentuk taburan untuk membuat tafsiran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan