Ahad, Oktober 21, 2012

Alat Kawalan Kualiti: Rajah Pokok


Rajah Pokok digunakan bagi mengenal pasti faktor atau perkara umum kepada lebih spesifik dan mendalam.
Faktor umum tersebut akan dipecahkan kepada faktor-faktor yang lebih spesifik secara ‘beranting’ di mana setiap ranting boleh mengandungi dua (2) atau lebih faktor spesifik. Rajah Pokok boleh digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut:

  • Sebagai alat perancangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah
  • Mengkaji punca utama berlakunya sesuatu masalah
  • Mengenal pasti secara mendalam isu utama yang wujud daripada analisis yang dilakukan menerusi
  • Rajah Hubung kait, Rajah Afiniti dan Rajah Sebab dan Akibat
  • Sebagai strategi mendapat cadangan penyelesaian dan strategi pelaksanaan

Aplikasi


  • Nyatakan permasalahan, perancangan atau isu yang perlu dikaji. Tuliskan penyataan tersebut pada bahagian atas (untuk Carta Pokok Menegak) atau pada bahagian tepi sebelah kiri (untuk Carta Pokok Melintang)
  • Kenal pasti persoalan-persoalan yang berkaitan yang akan membawa kepada pecahan faktor atau isu seterusnya. Contoh, untuk mencari sebab dan akibat soalan yang berkaitan adalah seperti:
  • Apakah faktor yang menyumbang kepada punca yang dikaji?
  • Mengapa ini berlaku?
  • Pada setiap faktor dan peringkat yang telah dikenal pasti semak sekali lagi sama ada perkara-perkara yang dimasukkan tersebut relevan bagi menyokong isu utama yang dikaji
  • Teruskan kaedah ini sehingga elemen asas dan tindakan yang wajar dapat dikenalpasti
  • Apabila proses ‘meranting’ selesai, semak semula semua faktor atau isu yang telah dikenal pasti.
  • Pastikan semua faktor atau isu yang dikenal pasti benar -benar menyokong isu utama yang dikaji.
  • Jika faktor atau isu yang dikenal pasti tadi benar-benar menyokong isu utama yang dikaji, selidiki sekali lagi sama ada faktor-faktor tersebut cukup untuk menyokong isu utama yang dikaji atau mungkin terdapat faktor-faktor lain yang masih perlu dimasukkan



Tiada ulasan: