- Merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh (menghubung kait, membanding, menganalisis dan sebagainya)
- Merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, di mana idea penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya
- Ianya boleh meminimumkan penggunaan masa dalam mengumpul maklumat dan membuat penganalisisan
- Boleh membantu menggunakan proses pemikiran kreatif
Elemen-Elemen Utama Peta Minda
- Pengelolaan
- Maklumat penting disusun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif, selaras dengan cara otak memproses maklumat dan lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang
- Perkataan Kunci
- Ianya digunakan untuk mewakili sesuatu idea atau tema
- Dapat memberi bayangan secara kreatif dan dapat dihubung kait dengan idea yang lain
- Jenis nama, perbuatan atau sifat
- Gambaran Imaginasi
- Ianya boleh dibuat dalam pelbagai cara, warna dan memfokuskan idea dan gambarajah tiga dimensi
- Ianya mudah diingat berbanding jika menggunakan perkataan
Cara Membentuk Peta Minda
Peta minda boleh disediakan secara manual atau menggunakan kemudahan ICT. Antara langkah-langkah
yang perlu dilakukan untuk melakar peta minda ialah:
- Lukis tajuk pada bahagian tengah
- Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama
- Bahagikan cabang kepada cabang-cabang kecil atau fakta terperinci
- Semua fakta utama ditulis dalam huruf besar
- Fikir di mana hendak letakkan cabang/fakta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan