Berfikir di luar kotak (think out of the box) adalah berfikir di luar kebiasaan dan mencabar tradisi dengan membangkitkan rasa tidak puas hati dan mengeluarkan diri dari zon selesa. Ia menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada sudut yang berlainan, serta berbeza dari status quo. Kebolehan untuk berfikir di luar kotak minda adalah sesuatu yang sukar untuk diajar, namun, sekiranya seseorang itu dapat menguasai kebolehan tersebut, ia akan dapat membantu memajukan diri individu tersebut dan organisasi. Berfikir di luar kotak minda adalah bertujuan untuk membolehkan pekerja menggunakan kreativiti atau pendekatan yang unik bagi menyelesaikan sebarang masalah atau isu dalam organisasi. Caranya adalah dengan banyak bertanyakan soalan yang bermula dengan perkataan seperti:
BAGAIMANA, MESTIKAH, BOLEHKAH atau PERLUKAH, contohnya:
- Bagaimana kerja ini boleh dilakukan dengan cara lain?
- Mestikah proses kerja bermula dengan aktiviti A bukan B?
- Bolehkah gugurkan aktiviti X dan Y daripada proses kerja yang sedia ada?
- Perlukah pelanggan mendapatkan perkhidmatan tanpa hadir ke pejabat?
- Apa terjadi kalau...............?
Bagaimana Untuk Berfikir Di Luar Kotak Minda
- Membangunkan pendekatan baru untuk menyelesaikan masalah. Jangan terikat kepada idea konvensional, sebaliknya cuba keluar dari kebiasaan dan mencari alternatif baru
- Mengkaji semua pilihan, iaitu jangan cepat membuat keputusan, sebaliknya meneliti dan melihat dari semua aspek atau sudut
- Menjadi pendengar yang baik dengan memberi perhatian sepenuhnya terhadap pandangan-pandangan seseorang yang mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah
- Memutuskan tidak akan mengekalkan status quo, sebaliknya mencari cara baru yang unikdan bukan konvensional
- Mengamalkan berfikir secara ‘lateral’ dan bertentangan dengan tradisi atau semula jadi bagi melatih semula minda dan membentuk pemikiran
- Membaca perkara-perkara lain daripada kebiasaan dan menulis mengenainya untuk merangsang minda berfikir di luar kotak
- Menukar cara minda berfikir supaya lebih kreatif dan berfikir secara abstrak
Ciri-ciri Berfikir Di Luar Kotak
Berfikir di luar kotak memerlukan empat (4) ciri atau sikap berikut:
- Mengambil perspektif baru dalam melaksanakan tugas-tugas harian
- Mempunyai pemikiran terbuka dan sanggup melaksanakan sesuatu secara berlainan
- Memberi tumpuan kepada mencari idea-idea baru dan bertindak ke atas idea-idea tersebut
- Berusaha mencipta nilai melalui kaedah-kaedah baru
Contoh 1:
1+1 = ?
Jawapan yang biasa didengar sudah tentunya
1+1 = Tidak semestinya dua (2), ada kalanya ia menjadi seperti berikut:
- 1+1 = 1 (Bila satu titik air dititik di atas titik air yang lain. Kedua-duanya bercantum menjadi satu)
- 1+1 = 0 (Bila satu titik air dititik di atas air yang lain di dalam kuali panas, kedua- duanya akan hilang menjadi wap)
- 1+1 = 3 dan ke atas (Bila seorang lelaki mengahwini seorang perempuan dan dikurniakan anak mungkin seorang, mungkin dua dan mungkin kembar empat)
Contoh 2
Bagaimana hendak membuat garisan yang merentasi dan menyentuh semua titik atau bulatan dalam Rajah 1 secara berterusan dan tanpa mengulanginya? Agak sukar untuk membuatnya sekiranya berfikir secara konvensional tetapi dengan berfikir di luar kotak minda perkara ini dapat diselesaikan dengan mudah, iaitu membuat garisan dari 1 hingga 4 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 di bawah:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan