Sabtu, Oktober 20, 2012

Strategi Untuk Mendorong Kreativiti dan Inovasi Dalam Pelaksanaan KIK

Terdapat empat (4) strategi yang boleh mendorong kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan KIK, iaitu:

  • Mengenal pasti potensi diri - mengetahui kebolehan individu dalam kumpulan KIK supaya dapat mengatasi masalah atau mengambil peluang yang wujud hasil daripada kreativiti dan inovasi 
  • Ubah persepsi diri - melihat masalah atau peluang daripada pelbagai perspektif. Analisis masalah dan peluang melalui pemecahan/ peleraian masalah kepada bahagian yang kecil dan kemudian cari penyelesaian yang sebenar atau terbaik untuknya
  • Ubah budaya organisasi - mendorong anggota organisasi menjadi kreatif dan inovatif. Ganjaran hendaklah diberikan kepada anggota yang betul-betul cemerlang dalam mencipta sesuatu yang baru atau unik
  • Berani untuk gagal - setiap kegagalan atau kesilapan perlu dijadikan sebagai motivasi dan panduan untuk bertindak lebih jauh dalam mencari penyelesaian terbaik

Tiada ulasan: