Sabtu, Oktober 20, 2012

Penghargaan dan Pengiktirafan

Pihak pengurusan perlu memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli KIK yang telah berjaya memperkenalkan sistem atau cara bekerja baru, inovasi atau penambahbaikan. Ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan pekerja dalam KIK dan seterusnya mengekalkan KIK yang sedia ada Bentuk pengiktirafan yang boleh diberi adalah seperti berikut:

  • Kehadiran pihak pengurusan atasan semasa persembahan projek
  • Pemberian Surat/Sijil Penghargaan
  • Pemberian Cenderamata/Saguhati
  • Pencalonan untuk menerima pingat atau bintang kebesaran Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan
  • Merekod persembahan KIK dalam Buku Perkhidmatan
  • Menyiarkan gambar KIK yang berjaya dalam buletin, laman web, portal KIK atau di papan kenyataan 
  • Memberi peluang kepada ahli-ahli KIK yang telah berjaya untuk menyertai Konvensyen KIK di peringkat jabatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa
  • Lawatan sambil belajar dan/atau mengikuti latihan 
  • Dijadikan sebagai salah satu petunjuk prestasi utama atau KPI
  • Dipertimbangkan sebagai salah satu kriteria penilaian prestasi tahunan dan kenaikan pangkat
  • Lain-lain pengiktirafan yang difikirkan sesuai

Tiada ulasan: