Ahad, Oktober 21, 2012

Strategi Penambahbaikan Proses: BPR / BPI


BPR/BPI (Business Process Reengineering (BPR)/Business Process Improvement (BPI)) ialah satu pendekatan yang digunakan untuk melakukan perubahan ke arah penambahbaikan proses perkhidmatan dengan membuat analisis ke atas proses semasa (AS-IS) menggunakan carta aliran atau lain-lain tools. Kemudian memperkemaskan proses sedia ada atau membangunkan proses baru (TO-BE) sama ada secara manual atau menggunakan kemudahan ICT. Dengan kata lain, BPR/BPI merupakan konsep pengurusan yang bertujuan untuk mengolah semula dan memperkemaskan elemen-elemen asas dan proses kerja dalam organisasi untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. BPR memfokuskan analisisnya kepada keseluruhan proses perkhidmatan yang wujud manakala BPI hanya memilih proses-proses kritikal sahaja.

Antara objektif utama BPR/BPI ialah:


  • Menjadikan proses lebih cekap, iaitu meminimumkan penggunaan sumber
  • Menjadikan proses lebih berkesan, iaitu menghasilkan output atau outcome yang dikehendaki/disasarkan
  • Menjadikan proses lebih sesuai, iaitu berupaya menyesuaikan dengan perubahan organisasi dan kehendak pelanggan serta stakeholders
Tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh KIK untuk menjalankan BPR/BPI di organisasi masing-masing adalah seperti berikut:

  • Merancang penambahbaikan dari segi kepimpinan, kefahaman dan komitmen melalui langkah-langkah di bawah:
  • Mengenal pasti anggota pasukan
  • Melantik pegawai kanan agensi sebagai champion
  • Memberi latihan kepada ahli pasukan
  • Membangunkan model BPR/BPI
  • Memaklumkan matlamat BPR/BPI kepada anggota agensi
  • Mengkaji semula perkhidmatan strategik dan keperluan pelanggan
  • Memilih proses-proses yang kritikal
  • Melantik pemilik-pemilik proses 

  • Memahami proses semasa dari semua dimensi melalui cara-cara berikut:
  • Menentukan skop dan misi/objektif proses
  • Menentukan sempadan proses
  • Memberikan gambaran keseluruhan prosesMenentukan pengukuran dan ekspektasi pelanggan bagi proses
  • Menyediakan carta aliran proses
  • Mengumpul data mengenai kos, masa dan faedah
  • Membuat penyemakan dan penganalisisan ke atas proses
  • Menyelaraskan perbezaan
  • Menyediakan proses baru dan mengemas kini dokumen proses


  • Memperkemaskan dan menambah baik proses bagi membuat penyesuaian serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya melalui tindakan berikut:
  • Mengenal pasti peluang-peluang mencipta sistem/proses baru, penambahbaikan atau pengubahsuaian (akibat dari kesilapan, kualiti rendah, kos tinggi, kerja tertunggak, lambat/lewat dan sebagainya)
  • Menghapuskan birokrasi
  • Menghapuskan aktiviti-aktiviti yang tidak ada nilai tambah
  • Memudahkan proses
  • Mengurangkan masa proses
  • Memperbetulkan kesilapan proses
  • Mengautomasikan proses melalui penggunaan ICT
  • Menyeragamkan proses
  • Mendokumentasikan proses
  • Memilih anggota yang terbabit dengan proses untuk diberi latihanmengenai sistem dan prosedur baru




  • Mengukur dan mengawal pelaksanaan proses untuk memastikan inovasi/ penambahbaikan memberi faedah melalui langkah-langkah berikut:
  • Membangunkan indikator pengukuran dan menetapkan sasaran
  • Membentuk sistem maklum balas
  • Mengadakan audit proses secara berkala
  • Membentuk sistem kawalan kualiti dan kos



  • Melaksanakan inovasi penambahbaikan proses berterusan melalui tindakan berikut:
  • Mendapat kelulusan proses
  • Mengadakan kajian semula ke atas proses secara berkala
  • Menentukan dan menghapuskan proses yang bermasalah
  • Menilai impak perubahan ke atas organisasi dan pelanggan
  • Membuat penandaarasan proses
  • Memberi latihan lanjutan kepada ahli pasukan dan anggota yang terlibat dalam pelaksanaan proses



Tiada ulasan: