Ahad, Oktober 21, 2012

Alat Kawalan Kualiti: Rajah PDPC


Rajah PDPC atau Rajah Proses Carta Perancangan Keputusan digunakan bagi mengenal pasti risiko-risiko
atau ancaman-ancaman yang mungkin wujud di dalam sesuatu cadangan penyelesaian. Proses ini membolehkan tindakan pencegahan diambil bagi menghadapi risiko-risiko yang mungkin berlaku.

Aplikasi

  • Kenal pasti objektif yang ingin dicapai menerusi penggunaan teknik ini
  • Kenal pasti cadangan-cadangan yang mungkin boleh dilaksanakan
  • Kenal pasti risiko-risiko yang mungkin dihadapi jika cadangan-cadangan tersebut dilaksanakan. KIK boleh menggunakan teknik percambahan fikiran, Rajah Afiniti, Rajah Pokok atau teknik-teknik lain yang bersesuaian bagi mengenal pasti risiko tersebut
  • Catatkan risiko yang dikenal pasti
  • Setelah mengenal pasti risiko-risiko yang mungkin dihadapi, kenal pasti pula tindakan pencegahan/ penyelesaian bagi setiap risiko yang telah dikenal pasti


Contoh Amali:

CARTA PROGRAM PROSES KEPUTUSAN
(Program Decision Process Chart, PDPC)

PENGENALAN

Di dalam (semasa) membuat sesuatu rancangan, lazimnya kita akan menilai sesuatu situasi; menetapkan keutamaan (priority); menganggarkan keperluan kos, bahan dan sumber; memberi pertimbangan kepada pilihan/alternatif jangkamasa; serta membuat keputusan bagi menghasilkan pelan tindakan.

Bagaimanapun rancangan tersebut berkemungkinan berjalan bukan sebagaimana yang diharapkan. Ia mungkin disebabkan oleh:

  • Anggaran yang kurang tepat 
  • Kerja-kerja asas (ground work) yang kurang teliti 
  • Kelemahan ketika membuat sesuatu keputusan 
  • Kurangnya komitmen 
  • Halangan luar jangka, dll. 

Dengan lain perkataan, perkara tidak disangka mungkin berlaku hingga boleh menyebabkan rancangan kita terganggu, tergendala atupun gagal.

Oleh itu, bagi melindungi perancangan kia daripada gagal maka Carta PDPC digunakan untuk membantu menjangka masalah yang berpotensi untuk timbul.

FAEDAH PENGGUNAAN

Kaedah ini digunapakai untuk menentukan proses terbaik/optima yang perlu diikuti bagi mencapai matlamat yang dikehendaki bagi sesuatu projek.

Dilakukan dengan mengambilkira sebarang perkara luar jangka yang mungkin berlaku.

Melalui penggunaan teknik ini, secara langsung kita diajar supaya sentiasa berfikir mengenai jalan penyelesaian (kita jadi tidak mudah mati akal).













Tiada ulasan: