Antara prinsip dan kaedah pelaksanaan KIK ialah:
- KIK adalah sepasukan pekerja (4-10 orang) yang mewakili tempat kerja yang sama atau bersilang fungsi
 - KIK bermesyuarat secara tetap untuk menyelesaikan masalah kerja atau membuat penambahbaikan ke atas standard yang sedia ada atau menghasilkan cara kerja atau sistem perkhidmatan yang baru
 - Pasukan ini mengenal pasti, memilih, menganalisis dan seterusnya mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif mengenai sesuatu isu atau perkara berkaitan dengan kerja atau organisasi
 - Pasukan ini mengemukakan cadangan-cadangan kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan
 - KIK melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui
 - KIK membuat pemantauan dan penilaian pelaksanaan projek
 - KIK mengambil tindakan membuat penyeragaman dan meluaskan pelaksanaan projek
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan