Sabtu, Oktober 20, 2012

Pra Syarat Kreativiti


Antara prasyarat yang perlu ada bagi membolehkan kreativiti wujud dalam kalangan pekerja sesebuah organisasi ialah:

  • Mempunyai daya imiginasi yang tinggi untuk melihat sesuatu secara berlainan
  • Berfikiran terbuka atau berfikir di luar kotak (think out of the box), analitikal, kritikal dan praktikal
  • Melihat sesuatu perkara itu sebagai peluang yang boleh mencetuskan idea baru
  • Mempunyai komitmen yang tinggi, iaitu bersabar terhadap kompleksiti dan isu-isu yang timbul serta tenang dan tabah menghadapi cabaran dengan berusaha menangani masalah dan halangan yang dihadapi
  • Berupaya mengenal pasti masalah dengan mengemukakan soalan yang menjurus kepada penemuan isu dan jawapan serta jalan penyelesaian
  • Menggunakan minda yang kreatif untuk menemui perspektif baru
  • Bersedia menghadapi risiko dan berupaya menerima kega galan serta belajar daripada kegagalan tersebut
  • Bersedia dikritik dan mengenepikan ego serta mendapatkan nasihat daripada rakan dan mencuba ideanya
  • Mempunyai motivasi dalaman, iaitu rasa gembira, berpuas hati dan menjadikan kerja sebagai cabaran untuk mencapai kejayaan


Tiada ulasan: