perkara, kejadian atau masalah. Contohnya sebab-sebab yang mungkin menyumbang kepada masalah
Kes Kelewatan Pembedahan Tinggi adalah seperti berikut:
- Peralatan digunakan serentak
- Kurang penyeliaan
- Sistem koordinasi kurang efektif
- Masalah keputusan makmal
- Borang persetujuan tidak lengkap
Menerusi lembaran semakan, sebab-sebab yang dikenal pasti dapat dibuktikan kesahihannya
Aplikasi
- Dapatkan persetujuan bagi perkara atau masalah yang perlu dikaji
- Kenal pasti pecahan perkara-perkara atau kejadian yang perlu disemak
- Tentukan teknik pengumpulan data, misalnya soal selidik atau pemerhatian
- Wujudkan satu jadual bagi merekod kekerapan sesuatu perkara atau kejadian tersebut berlaku
- Lantik ahli yang akan bertanggungjawab bagi merekodkan data tersebut dalam sesuatu tempoh yang dipersetujui
- Rekod data pada lembaran semak dan analisis data yang direkodkan
- Analisis data boleh dilakukan dengan mengira kekerapan, kekerapan terkumpul, peratus kekerapan dan peratus kekerapan terkumpul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan