Ahad, Oktober 21, 2012

Alat Kawalan Kualiti: Analisis Pareto

Analisis Pareto berasaskan prinsip Pareto yang juga dikenali sebagai peraturan “80/20”. Prinsip ini membezakan di antara sedikit faktor utama (vital few) berbanding banyak faktor yang kurang penting (trivial many) yang menyumbang kepada masalah yang berlaku. Justeru, kumpulan perlu memfokuskan kepada faktor utama untuk mencari penyelesaian kepada masalah berkenaan.

Rajah Pareto pula merupakan sejenis graf khusus yang menunjukkan data dalam bentuk turus mengikut susunan menurun. Sebagai contoh, rajah ini boleh digunakan untuk menggambarkan sebab-sebab yang
mengakibatkan sesuatu masalah. Turus yang paling tinggi menunjukkan sebab yang utama dan ia diikuti oleh sebab-sebab lain.

Dengan demikian, tumpuan boleh diberi terhadap penyelesaian sebab-sebab utama. Melalui Rajah Pareto, Graf Garisan juga boleh dilakar apabila kekerapan terkumpul dan peratusannya dikira.

Aplikasi

  • Kenal pasti sebab-sebab paling mungkin yang menjadi punca masalah
  • Kumpul data bagi setiap punca masalah dan ukur dengan unit pengukuran yang sesuai
  • Bina satu graf di mana Paksi X menerangkan sebab masalah manakala Paksi Y pula menerangkan unit pengukuran punca masalah
  • Kenal pasti sebab-sebab utama masalah. Kedudukan turus disusun dari kiri ke kanan. Turus yang paling tinggi menunjukkan sebab yang utama dan diikuti oleh sebab-sebab lain
  • Graf garisan dibina berasaskan kekerapan terkumpul dan peratusannya





Tiada ulasan: