BPR/BPI (Business Process Reengineering (BPR)/Business Process Improvement (BPI)) ialah satu pendekatan yang digunakan untuk melakukan perubahan ke arah penambahbaikan proses perkhidmatan dengan membuat analisis ke atas proses semasa (AS-IS) menggunakan carta aliran atau lain-lain tools. Kemudian memperkemaskan proses sedia ada atau membangunkan proses baru (TO-BE) sama ada secara manual atau menggunakan kemudahan ICT. Dengan kata lain, BPR/BPI merupakan konsep pengurusan yang bertujuan untuk mengolah semula dan memperkemaskan elemen-elemen asas dan proses kerja dalam organisasi untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. BPR memfokuskan analisisnya kepada keseluruhan proses perkhidmatan yang wujud manakala BPI hanya memilih proses-proses kritikal sahaja.
Antara objektif utama BPR/BPI ialah:
- Menjadikan proses lebih cekap, iaitu meminimumkan penggunaan sumber
- Menjadikan proses lebih berkesan, iaitu menghasilkan output atau outcome yang dikehendaki/disasarkan
- Menjadikan proses lebih sesuai, iaitu berupaya menyesuaikan dengan perubahan organisasi dan kehendak pelanggan serta stakeholders
- Merancang penambahbaikan dari segi kepimpinan, kefahaman dan komitmen melalui langkah-langkah di bawah:
- Mengenal pasti anggota pasukan
- Melantik pegawai kanan agensi sebagai champion
- Memberi latihan kepada ahli pasukan
- Membangunkan model BPR/BPI
- Memaklumkan matlamat BPR/BPI kepada anggota agensi
- Mengkaji semula perkhidmatan strategik dan keperluan pelanggan
- Memilih proses-proses yang kritikal
- Melantik pemilik-pemilik proses
- Memahami proses semasa dari semua dimensi melalui cara-cara berikut:
- Menentukan skop dan misi/objektif proses
- Menentukan sempadan proses
- Memberikan gambaran keseluruhan prosesMenentukan pengukuran dan ekspektasi pelanggan bagi proses
- Menyediakan carta aliran proses
- Mengumpul data mengenai kos, masa dan faedah
- Membuat penyemakan dan penganalisisan ke atas proses
- Menyelaraskan perbezaan
- Menyediakan proses baru dan mengemas kini dokumen proses
- Memperkemaskan dan menambah baik proses bagi membuat penyesuaian serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya melalui tindakan berikut:
- Mengenal pasti peluang-peluang mencipta sistem/proses baru, penambahbaikan atau pengubahsuaian (akibat dari kesilapan, kualiti rendah, kos tinggi, kerja tertunggak, lambat/lewat dan sebagainya)
- Menghapuskan birokrasi
- Menghapuskan aktiviti-aktiviti yang tidak ada nilai tambah
- Memudahkan proses
- Mengurangkan masa proses
- Memperbetulkan kesilapan proses
- Mengautomasikan proses melalui penggunaan ICT
- Menyeragamkan proses
- Mendokumentasikan proses
- Memilih anggota yang terbabit dengan proses untuk diberi latihanmengenai sistem dan prosedur baru
- Mengukur dan mengawal pelaksanaan proses untuk memastikan inovasi/ penambahbaikan memberi faedah melalui langkah-langkah berikut:
- Membangunkan indikator pengukuran dan menetapkan sasaran
- Membentuk sistem maklum balas
- Mengadakan audit proses secara berkala
- Membentuk sistem kawalan kualiti dan kos
- Melaksanakan inovasi penambahbaikan proses berterusan melalui tindakan berikut:
- Mendapat kelulusan proses
- Mengadakan kajian semula ke atas proses secara berkala
- Menentukan dan menghapuskan proses yang bermasalah
- Menilai impak perubahan ke atas organisasi dan pelanggan
- Membuat penandaarasan proses
- Memberi latihan lanjutan kepada ahli pasukan dan anggota yang terlibat dalam pelaksanaan proses
Tiada ulasan:
Catat Ulasan