Sabtu, Oktober 20, 2012

Prinsip perlaksanaan KIK


Antara prinsip dan kaedah pelaksanaan KIK ialah:

  • KIK adalah sepasukan pekerja (4-10 orang) yang mewakili tempat kerja yang sama atau bersilang fungsi
  • KIK bermesyuarat secara tetap untuk menyelesaikan masalah kerja atau membuat penambahbaikan ke atas standard yang sedia ada atau menghasilkan cara kerja atau sistem perkhidmatan yang baru
  • Pasukan ini mengenal pasti, memilih, menganalisis dan seterusnya mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif mengenai sesuatu isu atau perkara berkaitan dengan kerja atau organisasi
  • Pasukan ini mengemukakan cadangan-cadangan kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan
  • KIK melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui
  • KIK membuat pemantauan dan penilaian pelaksanaan projek
  • KIK mengambil tindakan membuat penyeragaman dan meluaskan pelaksanaan projek

Tiada ulasan: