Ahad, Oktober 21, 2012

Teknik Penjanaan Idea Kreatif : Peta Minda

Peta minda adalah satu proses untuk membantu menyalurkan idea secara lebih terancang dan tersusun, iaitu bermula dari idea utama dan idea-idea sampingan yang dikembangkan melalui percambahan cabangcabang. Ia merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Peta minda bertujuan untuk:

  • Merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh (menghubung kait, membanding, menganalisis dan sebagainya) 
  • Merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, di mana idea penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya 
  • Ianya boleh meminimumkan penggunaan masa dalam mengumpul maklumat dan membuat penganalisisan 
  • Boleh membantu menggunakan proses pemikiran kreatif


Elemen-Elemen Utama Peta Minda

  • Pengelolaan
  • Maklumat penting disusun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif, selaras dengan cara otak memproses maklumat dan lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang
  • Perkataan Kunci
  • Ianya digunakan untuk mewakili sesuatu idea atau tema
  • Dapat memberi bayangan secara kreatif dan dapat dihubung kait dengan idea yang lain
  • Jenis nama, perbuatan atau sifat 

  • Gambaran Imaginasi
  • Ianya boleh dibuat dalam pelbagai cara, warna dan memfokuskan idea dan gambarajah tiga dimensi
  • Ianya mudah diingat berbanding jika menggunakan perkataan

Cara Membentuk Peta Minda

Peta minda boleh disediakan secara manual atau menggunakan kemudahan ICT. Antara langkah-langkah
yang perlu dilakukan untuk melakar peta minda ialah:

  • Lukis tajuk pada bahagian tengah
  • Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama 
  • Bahagikan cabang kepada cabang-cabang kecil atau fakta terperinci
  • Semua fakta utama ditulis dalam huruf besar
  • Fikir di mana hendak letakkan cabang/fakta




Tiada ulasan: