Sabtu, Oktober 20, 2012

Struktur KIK

Struktur KIK mengandungi komponen-komponen berikut:


1. Jawatankuasa Pemandu KIK

Jawatankuasa yang merangka dasar pelaksanaan KIK dan memberi pertimbangan serta keputusan kepada cadangan- cadangan penyelesaian masalah dan penambahbaikan yang dikemukakan (Organisasi boleh menggunakan Jawatankuasa sedia ada seperti Jawatankuasa Pemandu Kualiti dan Produktiviti untuk melaksanakan tugas Jawatankuasa Pemandu KIK. Seorang ketua fasilitator boleh dilantik sebagai ahli dalam Jawatankuasa ini yang berperanan sebagai perantara di antara pihak  pengurusan dan KIK)
Peranan Jawatankuasa Pemandu:
  • Menyediakan peruntukan kewangan untuk aktiviti latihan termasuk kaedah pemikiran kreatif, pelaksanaan projek, persembahan projek, promosi, penyertaan dalam konvensyen, lawatan, penghargaan dan pengiktirafan
  • Menentukan objektif dan hala tuju KIK
  • Menentu dan melantik fasilitator
  • Mendaftar kumpulan dan keahliannya
  • Menilai dan memantau keberkesanan Program KIK 
  • Menyelaras penyeragaman cadangan penyelesaian daripada Program KIK ke dalam Perkhidmatan Awam
  • Mengenal pasti output yang berpotensi untuk tujuan pendaftaran hak cipta dan pengkomersilan

2. Fasilitator 

Fasilitator adalah terdiri daripada pegawai kanan atau anggota yang dipilih oleh Jawatankuasa Pemandu KIK
Peranan Fasilitator:
  • Berhubung dengan semua peringkat pengurusan serta mendapat sokongan dan bantuan mereka
  • Memberi latihan kepada ketua-ketua kumpulan dan membantu melatih ahli-ahli kumpulan apabila diperlukan
  • Mengekalkan suasana yang terbuka dan menyokong 
  • Memastikan kumpulan menumpukan aktiviti-aktiviti mereka terhadap projek yang berkaitan dengan kerja mereka
  • Sebagai perantara dalam mengekalkan keharmonian kumpulan
  • Sebagai pakar rujuk kepada kumpulan
  • Mengesan dan memastikan kemajuan kumpulan 

3. Ketua Kumpulan: 

Ketua kumpulan adalah terdiri daripada anggota yang dipilih oleh ahli-ahli KIK. 
Peranan Ketua Kumpulan: 
  • Melatih ahli-ahli mengenai teknik penyelesaian masalah/ penambahbaikan/penciptaan baru dengan bantuan fasilitator di mana perlu
  • Bertanggungjawab terhadap kelancaran aktiviti -aktiviti kumpulan dan memupuk semangat kerjasama dan harmoni
  • Membantu kumpulan menyimpan rekod dan membuat persediaan bagi persembahan pengurusan
  • Mengelola dan mempengerusi mesyuarat dengan teratur dan berkesan
  • Menunjukkan minat dan sokongan kepada kumpulan
  • Menggalakkan pekerja-pekerja lain menjadi ahli 
  • Membantu menyelesaikan masalah-masalah ahli 
  • Menguatkuasakan disiplin bekerja secara berkumpulan 

4. Ahli Kumpulan KIK

Peranan Ahli-Ahli KIK: 
  • Menghadiri mesyuarat secara tetap dan tepat pada waktunya 
  • Menumpukan usaha menyempurnakan projek kumpulan
  • Mengenal pasti projek, menyumbangkan idea, menjalankan kajian, melaksanakan cadangan-cadangan penyelesaian dan penambahbaikan serta memantau keberkesanan pelaksanaan projek
  • Mengambil bahagian semasa persembahan pengurusan berdasarkan pembahagian tugas yang telah ditetapkan

Tiada ulasan: