Sabtu, Oktober 20, 2012

Fasa 1: Perancangan: Penyataan Projek - Salah

Contoh berikut tidak boleh dijadikan sebagai penyataan masalah:

  • Penyataan Berasaskan Punca Masalah 
Penggunaan Dewan Bedah Tidak Mempunyai Jadual Yang Sistematik

Ketiadaan jadual yang sistematik merupakan salah satu daripada sebab atau punca masalah.

Penyataan masalah yang sebenarnya perlu dinyatakan seperti berikut:

Kes Kelewatan Pembedahan Tinggi 

Salah satu daripada sebab utama mengapa kes kelewatan pembedahan tinggi ialah penggunaan dewan bedah yang tidak mempunyai jadual yang sistematik



  • Penyataan Masalah Yang Menunjukkan Matlamat Projek 
Mewujudkan Parkir Bertingkat

Penyataan ini adalah merupakan cadangan penyelesaian kepada masalah kemalangan melibatkan motosikal/kereta di kalangan pelajar universiti meningkat

Ke Arah Mewujudkan Buku Vot Berkomputer 
Penyataan ini adalah merupakan objektif kepada projek, iaitu Kelewatan Mengemaskini Buku Vot


  • Penyataan Projek Penambahbaikan (Task Achieving) 

Pengawalan Pengurusan Minyak Kenderaan Adalah Sederhana 
Sistem Bayaran Bekalan Dan Perkhidmatan Kepada Pelanggan Adalah Baik 


  • Penyataan Yang Berasaskan Kepada Tuduhan, Celaan Dan Menyalahkan Pihak Lain

Banjir kilat di Bandaraya X disebabkan oleh pemendapan lumpur di Sungai Y 

Penyataan ini menyalahkan pemendapan lumpur di Sungai Y yang merupakan tuduhan kepada jabatan lain yang bertanggungjawab menguruskan mendapan di Sungai Y
Sewajarnya penyataan projek ini adalah seperti berikut:

Banjir kilat di Bandaraya X kerap berlaku 
Kos penyelenggaraan infrastruktur di Bandaraya X meningkat

Tiada ulasan: