Rajah Matriks Berkepentingan digunakan untuk mengenal pasti perkara paling penting dan perlu diberi keutamaan kepada perkara yang sederhana penting dalam sesuatu senarai. Sebagai contoh, rajah di bawah menunjukkan faktor paling penting kepada sederhana penting yang menyumbang kepada Rendah Motivasi di kalangan pekerja. Didapati faktor Beban Kerja Tinggi menjadi faktor paling penting Rendah Motivasi di kalangan pekerja, iaitu 18.1 markah. Manakala faktor Kurang Insentif Dari Majikan menjadi faktor kurang penting, iaitu 4.8 markah.
Aplikasi
- Senaraikan perkara yang perlu dinilai
- Tentukan kriteria untuk senarai perkara yang dinilai
- Tentukan pemberat pada kriteria yang telah ditetapkan
- Masukkan data hasil kajian atau soal selidik bagi mewakili setiap faktor yang dinilai
- Kira markah bagi setiap faktor dengan mendarabkan markah pemberat dengan markah yang diperoleh menerusi hasil kajian
- Kira markah akhir dengan mencampurkan semua markah bagi setiap kriteria
- Penilaian akhir boleh dilakukan berdasarkan markah yang diperolehi oleh setiap faktor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan